Sabtu, 16 Februari 2013

penjelasan tetang haid


HAKIKAT HAID

Dari Sudut Bahasa dan Syarak
Nama-nama Darah Haid
Warna Darah Haid dan Ciri-ciri Utamanya

USIA DAN TEMPOH HAID

Permulaan Haid Wanita
Umur Kedatangan Haid
Usia Putus Haid
Tempoh Haid
Tanda Berhentinya Haid
Penggunaan Ubat Untuk Mengeluarkan dan Menghalang Haid
Warna Kuning Dan Keruh

HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGAN HAID

Sembahyang
Puasa
Membaca al-Quran
Berhenti di dalam Masjid
Menyetubuhi Wanita dalam Keadaan Haid



HAKIKAT HAID
DARI SUDUT BAHASA DAN SYARAK

Para ulama’ Islam bersependapat bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita terbahagi kepada tiga jenis,iaitu:
1.      Darah Haid: Darah yang keluar ketika seorang wanita berada dalam keadaan sihat
2.      Darah Nifas : Darah yang keluar selepas bersalin
3.      Darah Istihadhah : Darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas yang dikira sebagai darah penyakit.
Haid Dari Segi Bahasa :
Haid bermaksud mengalir. Disebut had al-wadi apabila wadi itu mengalir dan dinamakan haid kerana mengalir pada waktu-waktunya.
Dari Segi Istilah Syarak :
Haid yang bermaksud darah semula jadi yang keluar dari rahim wanita setelah dia mencapai peringkat umur balighdan berada dalam keadaan sihat.

Firman Allah S.W.T
štRqè=t«ó¡our Ç`tã ÇÙŠÅsyJø9$# ( ö@è% uqèd ]Œr& (#qä9ÍtIôã$$sù uä!$|¡ÏiY9$# Îû ÇÙŠÅsyJø9$# ( Ÿwur £`èdqç/tø)s? 4Ó®Lym tbößgôÜtƒ ( #sŒÎ*sù tbö£gsÜs?  Æèdqè?ù'sù ô`ÏB ß]øym ãNä.ttBr& ª!$# 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÎ/º§q­G9$# =Ïtäur šúï̍ÎdgsÜtFßJø9$# ÇËËËÈ  
222. Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.




NAMA-NAMA DARAH HAID
1.      Haid ((الحيض

Nama yang paling masyhur.Hai ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah SAW:
إن دم الحيض دم أسود يعرف
Maksudnya: Sesungguhnya darah haid itu darah berwarna kehitaman yang dikenali.
2.      Thamsu
3.      ‘irak
4.      Dhahku
5.      Ikbar
6.      Thams
7.      Daras
8.      Firak
9.      Nifas
10.  I’shar
NAMA DARAH HAID DAN CIRI-CIRI UTAMANYA

Adalah penting bagi seseorang wanita mengetahui warna darah haid dan cirri-ciri utamanya. Hal ini demikian kerana darah haid tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja.Kedangkala berlaku perubahan warna pada darah haid dari pada satu tahap ke satu tahap yang lain.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.an-Nasa’I,an-Hakim dan lainnya ada di sebutkan bahawa:
إن دم الحيض دم أسود يعرف
Maksudnya: Sesungguhnya darah haid itu darah berwarna kehitaman yang dikenali.
Mengenai sebahagian warnanya yang lain pula,ada disebut dalam hadis Ummi ‘Atiyyah r.h.a yang berbunya:

كنا لا نعد الكدرة والصفرة بعد الطهر شيئا.
Maksudnya: Kami tidak menganggap warna keruh dan kuning selepas suci akan sesuatu pun (iaitu darah haid)
                                                                                                (Hadis riwayat Abu Daud no.307)


LIMA WARNA DARAH HAID MENURUT ULAMA’ MAZHAB SYAFI’I
·         Hitam
·         Kuning
·         Antara warna keemasan dengan merah
·         Keruh iaitu warna kuning dan putih
ENAM WARNA DARAH HAID MENURUT ULAMA’ HANAFI
1.      Hitam                                                  4. Keruh
2.      Merah                                                 5. Hijau
3.      Kuning                                                 6. Warna seperti tanah

Kesemua warna ini tidaklah dikira sebagai darah haid melainkan kedatangannya semasa tempoh haid yang biasa.

Mengenali cirri-ciri utamanya,telah telah disifatkan oleh Allah SWT sebagai “aza” iaitu kotoran melalui fiermanNya: )]Œr& uqèd @è%(
Maksudnya: Katakanlah,haid itu adalah suatu kotoran.
Nabi SAW telah menyifatkan haid dengan beberapa sifat tertentu seperti:
·         Dalam keadaan Pekat
·         Keadaan seperti terbakar akibat kepanasan
·         Keluar dengan perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir
·         Mempunyai bau yang busuk ditambah pula dengan warnanya yang hitam dan sangat merah. Yang inilah ciri-ciri utama yang sebenar bagi darah haid.(1)
(1)     Ahkam ‘ibadah al-Mar’ah,’Umdah al-Qari jil 3 hlm.217.Syarqawi ala syarh al-Tahrir jil 1,hlm 217
USIA DAN TEMPOH HAID
PERMULAAN HAID SESEORANG WANITA
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.h.a yang mana beliau berkata:
خرخنا مع النبي صلي الله عليه وسلم ولا نري إلا الحج. فلما كنا بسرف اسم موضع قريب من مكة علي بعد عشرة أميال منها- حضت, فدخل علي النبي صلي الله عليه وسلم وأنا ابكي, فقال مالك أنفست؟ قلت: نعم .قال: إن هذا أمر كتب الله علي بني آدم فاقضي الحاج غير أن لا تطوفي بالبيت حتى تغسلي.
Maksudnya: Kami pernah keluar bersama-sama Nabi SAW tanpa tujuan lain kecuali untuk menunaikan haji.Apabila kami sampai di Saraf (nama sebuah tempat yang berdekatan Makkah sejauh kira-kira 10 batu) atau yang berdekatan darinya.saya telah didatangi haid. Lalu Nabi telah dating menemui saya dalam keadaan pada masa itu saya sedang menagis.Banginda bersabda: Mengapa kamu menagis?Adakah kamu kedatngan darah?saya menjawab: Ya.’ Banginda lantas bersabda : Sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada wanita-wanita keturunan Adam,(1) oleh itu kerjakanlah semua amalan yang dilakukan oleh orang menunaikan haji kecuali (hanya satu iaitu) kamu jangan tawaf di Baitullah melaikan setelah darah kamu berhenti dan kamu telah mandi.
                                                                              (Hadis Riyawat Muslim no.1211)
Abdullah bin Mas’ud dan Aisyah r.h.a. Menukilkan sesuatu riwayat yang menyatakan bahawa Bani Israel merupakan bangsa manusia pertama yang didatangi haid daripada kalangan manusia.
Berhubung dengan hal ini al-Hafiz Abdul Razzaq(2) telah mengeluarkan sebuah hadis dari pada mereka, Abdullah bin Mas’ud dan Aisyah r.h.a.Dengan lafaz:
كان الرجل والنساء في بني إسرائيل يصلون جميعا وكانت المرأة تتشرف للرجل, فألقي الله عليهن الحيض ومنعهن المساجد.
Maksudnya:” Golongan lelaki dan wanita dalam kalangan Bani Israel bersolat bersama-sama dan orang perempuan dipandang mulia berbanding orang lelaki.Lalu Allah SWT telah menimpakan ke atas perempuan mereka darah haid dan menghalang mereka dari pada datang ke masjid.”
(1)      Iaitu jenis anak Adam,bukanya kesemua wanita kerana ada wanita yang tidak pernah sedang dalam haid sama sekali seperti Fatimah az-zahra’ r.h.a.Beliau digelar zahra’ bermaksud yang terlindung dan bersih kerana ia tidah pernah sedang dalam haid seumur hidupnya.
UMUR KEDATANGAN HAID
SEMBILAN TAHUN
Kebanyakan imam mazhab berpendapat umur berlakunya haid kepada seseorang wanita ialah sekurang-kurangnya Sembilan tahun.Hukum ini telah diputuskan berdasarkan kebiasaan terjadinya haid dalam kalangan wanita. Dalam sejarah kewujudan manusia,tidak pernah direkodkan bahawa seorang perempuan pernah kedatangan haid sebelum usia Sembilan tahun.
Dalam fiqah Islam pula,telah ditetapkan suatu dasar bahawa setiap masalah yang tidak didapati garis panduannya pada syarak atau pada bahasa maka perkara itu hendaklah dirujuk kepada kebiasaan yang wujud dan berlaku.
Sedangkan hukum-hukum Islam tidak pernah dilandaskan kepada perkara yang jarang-jarang berlaku.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.h.a. bahawa beliau berkata:
إذا بلغت الجارية تسع سنين فهي امرأة.
Maksudnya: Apabila seorang kanak-kanak perempuan mencecah usia Sembilan tahun maka ia dikenali sebagai wanita.                                               
                                                                                                (Hadis riwayat al-Baihaqi)
MELIHAT DARAH SEBELUM GENAP SEMBILAN TAHUN
Jika seseorang perempuan didatangi darah sebelum genap usia Sembilan tahun pada suatu tempoh yang tidak mencukupi untuk tempoh suci dan haid atau mencukupi untuk kedua-duanya,maka darah itu bukan darah haid.
Al-Mawardi r.h.m mengatakan:
“Jika darah itu telah berlaku selama sebulan atau dua bulan maka darah itu adalah darah haid tetapi jika berlaku sebaliknya ia bukanlah darah haid.
Al-Syafi’I r.h.m.Berkata:
“Jika ia melihat darah sebelum genap usia Sembilan tahun,maka ia adalah darah fasad dan tidak dikatan darah istihadhah hanya berlaku menyusuli selepas haid.”

USIA PUTUS HAID
Para fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan usia berakhirnya haid,lantaran ketiadaan nas yang menyebutkan tantangnya.Ia juga disebatkan oleh sandaran pengangan mereka kepada Istiqra’ iaitu melihat kepada realiti kebiasaan yang berlaku dan melalui hasil tinjauan kepada hal-ehwal para wanita.
v  Menurut ulama Mazhab Syafi’I,usia tamat haid ialah 62 tahun.Ada juga yang mengatakan bahawa tidak ada batasan maksimum bagi penamatan haid. Namun,pendapat yang muktamad ialah pendapat pertama.
v  Golongan Mazhab Hanafi menyatakan bahawa usia tamat haid ialah antara 50 tahun hingga 60 tahun.
v  Fuqaha Maliki menyatakan usia putus haid wanita ialah 70 tahun. Wanita yang berusia antara 50 hingga 70 tahun pula hendaklah ditanyai tentang berakhir haidnya.
v  Pendapat muktamad dalam mazhab Imam Ahmad ialah tidak ada haid selepas usia 50 tahun.Hal ini berdasarkan kata-kata Aisyah yang menyebutnya: “Apabila seseorang wanita sampai usia 50 tahun maka keluarlah ia daripada batasan haid.”
Diriwayatkan daripada Imam Ahmad juga bahawa beliau berpendapat, batasan haid ialah ketika usia 50 tahun dan penamatnya ialah ketika usia 60 tahun. Sementara tempoh antara kedua-dua usia itu dikira sebagai tempoh dalam keraguan.
TEMPOH HAID
SEHARI SEMALAM
Sekurang-kurang haid ialah sehari semalam berdasarkan kepada Istiqra’ dan juga kerana syarak ketika menerangkan hukum hakam mengenai haid tidak pernah menerangkan tempoh masanya. Justeru, dapatlah diketahui bahawa untuk mengetahui tempoh haid yang sebenarnya maka ia hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan wanita.
SEKALI KELUAR
Fuqaha Maliki pula berpendapat tidak ada penentuan bagi sekurang-kurang tempoh haid,malah memadai darah yang sekali keluar.Menurut pendapat yang masyhur disisi golongan Hanafi, sekurang-kurang tempoh haid ialah tiga hari tiga malam dan ia merupakan pendapat Sufian al-Thauri dan ulama kufah.



ENAM ATAU TUJUH HARI
Kebiasaan tempoh haid ialah enam atau tujuh hari berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada Hammah binti Jahsi r.h.a.:
تحيضين ستة ايام, أو سبعة أيام, في علم الله تعالى, ثم اغتسسلي. وإذا رأيت أنك قد طهرت واستنقأت, فصلي أربعة وعشرين ليلة أو ثلاثا وعشرين ليلة وأيامها, وصومي. فإن ذالك يجذيك, وكذالك فافعلي في كل شهر كما نحيض النساء وكما يطهرن لميقات حيضهن وطهرهن.
Maksudnya: “ setelah kamu kedatangan haid selama enam atau tujuh hari seperti dalam pengetahuan Allah maka hendaklah kamu mandi. Apabila kamu mendapati bahawa kamu telah suci dan bersih,maka tunaikan lah solat dalam masa 24 malam atau 23 malam dan berpuasalah. Sesungguhnya yang demikian itu, memadai bagi mu. Dan demikianlh hendaknya kamu lakukan pada setiap bulan sebagai mana wanita-wanita lain yang kedatangan haid dan sebagai mana mereka suci pada tempoh haid dan tempoh suci mereka.”
(Hadis ini ialah riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan beliau menyatakan hadis ini hasan lagi sahih dan ulama’ telah sepakat atas yang demikian itu)

Fuqaha Syafi’I,Maliki dan pendapat yang masyhur dalam Mazhab Hambali menyatakan sebanyak-banyaknya tempoh haid ialah 15 hari.
17 HARI
Diriwayatkan daripada Imam Ahmad, beliau berpendapat bahawa sebanyak-banyaknya tempoh haid ialah 17 hari.
MENURUT JUMHUR ULAMA’
Jumhur Ulama’ mengemukakan dalil bahawa sekurang-kurang haid ialah sehari semalam dan paling lama ialah 15 hari dengan alas an perkataan haid disebut dalam syariat Islam secara mutlak tanpa ditentukan had masanya.
Dari segi bahasa dan syarak, sememangnya tidak dinyatakan had bagi tempoh haid. Oleh itu, wajiblah dirujuk soalan ini kepada ‘Uruf dan Adat seperti halnya dalam kes menerima barang, meletakkannya dalam kawalan, dan yang seumpamanya.


TEMPOH HAID DI LUAR JARAK MASA YANG MENJADI KEBIASAAN
Fuqaha Syafi’I berpendapat bahawa jika seorang wanita didatangi haid yang menyalahi adat kebiasaannya iaitu dia telah didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang dari sehari semalam, maka tempoh yang lebih dan kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidnya. Hal ini berdasarkan tempoh yang telah biasa dialami sebelum ini.
Tidak boleh dibatalkan dengan tempoh perubahan yang baru berlaku sama ada pada dirinya atau orang lain.
Malah , darah yang lebih atau kurang dari tempoh itu merupakan darah istihadhah. Wanita yang didatangi darah itu wajib melakukan ibadah. Ini terjadi kemungkinan besar wanita tersebut telah ditimpa masalah kesihatan, melebihi daripada andaian itu sebagai suatu perkara luar biasa dan sering berlaku kepadanya

SUCI BERSELANG-SELI SEMASA TEMPOH HAID
Para fuqaha berseperdapat bahawa tidak diisyaratkan untuk dikira sebagai haid, darah itu mestilah keluar secara terus-menerus dari faraj. Tetapi mereka berselisih pendapat mengenai tempoh masa suci yang menyelangi antara hari kedatangan haid.
Hal ini bermaksud apabila seorang wanita mendapati bahawa ada satu hari dia bersih dan pada satu hari yang berikutnya, dia didatangi darah,maka dalam hal ini, terdapat dua pendapat fuqaha mengenainya.
1-      Golongan Hanafi berpendapat hari bersih daripada darah semasa tempoh haid dikira sebagai haid.
2-      Golongan Syafi’I,menurut pendapat yang paling Asah di sisi mereka menyatakan bahawa hari bersih itu dikira sebagai hari haid jika keadaan itu memenuhi tiga syarat yang berikut iaitu:

i-                    Hendaklah hari bersih itu dilingkungi antara dua hari darah haid.
ii-                  Hendaklah tempoh berlakunya fenomena ini tidak melebihi 15 hari.
iii-                Darah yang keluar tidak kurang dari tempoh sekurang-kurang haid.




TANDA BERHENTINYA DARAH HAID
  Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan (2) bahawa tanda terputusnya haid dan wujudnya suci adalah apabila berhentinya darah yang keluar dan juga cairan kunig yang keruh mengiringinya. Apabila adalah terputus darah yang keluar maka wanita itu menjadi suci sama ada selepasnya keluar lembapan berwarna putih ataupun tidak.
Pernah beberapa orang wanita menghantar perca kain yang didalamnya terdapat kapas yang mempunyai kesan warna kuning kepada Aisyah r.h.a., lalu aisyah berkata:
لاتعجلن حتى ترين القصة البيضاء.(3)
 Maksudnya: “Jangan kamu gopoh melainkan setelah kamu melihat kapas (kekal) berwatna putih.”(4)
Yang beliau maksudkan ialah bersih daripada haid.Ertinya, sehingga kapas yang digunakan untuk menutup haid seolah-olah seperti kapur yang tidak bercampur dengan warna kuning.
PENGGUNAAN UBAT UNTUK MENGELUARKAN DAN MENGHALANG HAID
Tidak mengapa bagi seseorang wanita menggunakan ubat yang dapat menghalang kedatangan haid atau yang mengundang kedatangan haid, jika tidak dibimbangi berlaku apa-apa kemudharatan terhadap dirinya.
Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari pernah ditanyai mengenai seorang wanita yang perjalanan haidnya terlewat dari waktu kebiasaan. Lalu, diapun memasukkan kayu penjolok ke dalam rahimnya untuk mempercepatkan perjalanan haidnya dan dengan segera haidnya menjadi cepat selepas melakukannya.
Beliau menjawab “Wanita itu hendaklah mengikut hukum-hakam sebagai mana yang diamalkan ketika ia berada dalam tempoh haid jika darah yang keluar daripadanya itu tidak berkait dengan sebab-sebab yang lain. Apabila darahnya melepasi 15 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadhah.”
Darah istihadhah tidak boleh menghalangnya daripada berpuasa,bersolat dan melakukan persetubuhan dengan suaminya pada waktu yang bukan dikira sebagai waktu haid pada syarak.(5)


3-        Al-Muwatta imam Malik
4-        Iaitu kapas yang digunakan oleh wanita untuk menyumbat kemaluannya ketika sedang dalam keadaan haid.
5-        Al-I’lam wa al-ihtimam bi-jami’ fatawa Syeikh al-Islam,hlm.44.
MENGHALANG KEDATANGAN HAID

Dalam bab haid, istihadhah dan nifas telah disebutkan kenyataan bahawa seorang wanita harus menggunakan sesuatu untuk menghalang haidnya dengan dua syarat:

Pertama: Ia tidak bimbang berlaku kemudharatan terhadap dirinya.
Kedua : Mendapat keizinan suami.
Dilakukan dengan keizinan suami jika ia mempunyai kaitan dengan hak suami seperti:
1.Perempuan dalam idah
2.Menggalakkan kehamilan
Begitu juga perlu mendapat keizinan suami terlebih dahulu jika terbukti dengan sebab menghalang kedatangan haid akan membawa kepada terhatangnya seseorang wanita itu daripada mengandung.
WARNA KUNING DAN KERUH
Kenbyakan ulama berpendapat bahawa warna kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid jika kedatangannya pada waktu haid. Keadaan ini berlainan jika kedatangannya pada waktu haid kerana ia akan dianggap sebagai darah haid berdasarkan pendapat yang sahih dalam kalangan fuqahah Syafi’i.
Pendapat ini juga telah diriwayatkan daripada Ali dan merupakan pendapat yang dipegang oleh Said al-Musaiyab,’Ata’,al-Thauri,al-Auza’I,al-Hassan,Ibn Sirin,Rabi’ah,al-Laith,Abu Hanifah,Ahmad dan Ishak.
Jumhur ulama mengemukakan dalil dengan hadis yang diriyatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Ummi ‘Atiyyah r.h.a katanya:
كنا لا نعد الكدرة والصفرة بعد الطهر شيئا.
Maksudnya: Kami tidak menganggap warna keruh dan kuning selepas suci akan sesuatu pun (iaitu darah haid)
                                                                                                (Hadis riwayat Abu Daud no.307)


HUKUM-HAKAM YANG BERKAITAN DENGAN HAID

Jalaluddin al-Sayuti menyebutkan di dalam kitab Al-Ashbah wa al-Nazair beberapa hukum yang berkaitan dengan haid. Beliau mengatakan:
“Terdapat 20 hukum yang berkaitan dengan haid. 12 daripadanya ialah haram dilakukan oleh wanita yang sedang dalam haid. Sembilan hukum daripadanya yang diharamkan terhadap prempuan itu sendiri ialah solat,sujud tilawah,sujud syukur,tawaf,puasa,iktikaf,masuk kedalam masjid jika dibimbangi mencemarkan,membaca al-Quran,menyentuh mushaf,dan menulisnya menurut satu wajah.”

SEMBAHYANG
Para ulama bersepakat bahawa haram atas wanita dalam haid menunaikan sembahyang sama ada solat fardhu atau sunat. Kewajipan untuk bersembanhyang itu telah gugur daripadanya dan dia tidak perlu qada. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:
إذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة.
Maksudnya: “Apabila haid datang maka tinggalkanlah sembahyang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari no.314 dan Muslim no.333)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim juga,Rasulullah SAW bersabda:
أليس إذا حاضت لم تصل ولم تصم؟
Maksudnya: “Bukankah apabila ia (wanita) kedatangan haid, maka ia tidak perlu bersembanhyang dan berpuasa.”
(Hadis riwayat al-Bukhari no. 298,dan Muslim no.80)
Pengharaman sembahyang dan gugur kefardhuannya atas wanita yang datang haid telah sabit dengan ijmak.



PUASA
Haram atas wanita yang sedang dalam haid berpuasa, baik yang fardhu mahupun yang sunat. Puasanya tidak sah.
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan kepada Abu Sa’id al-Khudri r.a.Rasulullah SAW bersabda:
أليس إذا حاضت لم تصل ولم تصم؟
Maksudnya: “Bukankah apabila ia (wanita) kedatangan haid, maka ia tidak perlu bersembanhyang dan berpuasa.”
(Hadis riwayat al-Bukhari no. 298,dan Muslim no.80)
Imam an-Nawawi berkata:
Puasa tidak sah dilakukan oleh wanita yang sedang dalam haid dan ia termaksud dalam senarai perkara-perkara yang tidak dapat dikenal pasti hikmah-hikmah di sebalik hukum tersebut kerana bersuci bukanlah syarat sah berpuasa.”(Al-Majmu’.jil 2,hlm.386)
WAJIB MENGQADAKAN PUASA
Walaupun puasa tidak wajib terhadap wanita yang sedang dalam haid tidak sah dilakukan, namun jika ia terus-menerus berpuasa juga sepanjang tempoh haidnya maka dia tetap wajib menqada puasanya setelah bersuci. Tetapi tidak wajib mengqadakan sembahyangnya. Hal ini berdasarkan kepada hadis riwayat Imam Muslim daripada Siti Aisyah yang menebutnya:
فنؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة.
Maksudnya: “Maka kami disuruh supaya mengqadakan puasa tetapi tidak disuruh mengqadakan sembahyang.”
MEMBACA AL-QURAN
Diharamkan ke atas wanita yang sedang haid membaca al-Quran dengan melafazkan atau dengan isyarat daripada orang yang bisu. Sebagaimana al-Qadhi telah mengatakan di dalam fatwa-fatwanya, Kedudukannya sama dengan mengucapkan, walaupun sebahagian ayat seperti satu huruf misalnya.
Dalam pengucapan huruf,jika berniat membaca huruf sebagai al-Quran maka ia berdosa walaupun ia meringkasnya. Hal ini kerana ia telah meniatkan satu perkara maksiat dan ia menganggap hal itu sebagai hal yang disyariatkan. Maka hukum pengharaman dilihat dari sisi ini, bukan dari sisi ia dinamakan al-Quran.
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
لاتقرأ الحيض ولاالجنب شيئا من القرآن.
Maksudnya: “Tidaklah boleh wanita yang haid dan juga orang yang berjunub membaca sesuatu daripada al-Quran.”
(Hadis riwayat Adu Daud, at-Tirmizi, dan Ibnu Majah dari Ibn Umar r.a)
Pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan ahli ilmu daripada kalangan para sahabat Nabi SAW, para tabiin serta mereka yang selepasnya seperti Sufian al-Thauri,Ibn al-Mubarak, Imam Syafi’I, Imam Ahmad bin Hambal, Ishaq dan selain mereka.
Asas pengharaman ini adalah jika dia mengqasadkan membaca al-Quran. Tetapi, jika dia tidak qasadkan membaca al-Quran atau dia membacanya dengan maksud untuk berzikir seperti yang diucapkan olehnya ketika mendengar apa-apa bacaan iaitu:                            
$¯RÎ) ¬! !$¯RÎ)ur Ïmøs9Î) tbqãèÅ_ºu ÇÊÎÏÈ4n?tã
Dan ketika menaiki kenderaan  dengan membaca doa iaitu:
( z`»ysö6ß Ï%©!$# t¤y $oYs9 #x»yd $tBur $¨Zà2 ¼çms9 tûüÏR̍ø)ãB ÇÊÌÈ  
Atau dibacakan ayat-ayat yang mengandungi pengertian doa.Dia pula tidak dimaksudkan dengan membaca al-Quran maka pembacaan dengan cara dan kaedah yang telah disebutkan di atas tadi tidak dikira sebagai suatu dosa terhadap dirinya dan tidak ada apa-apa halangan untuk dia melakukannya.
Daripada Imam Malik bahawa beliau bekata:
“Wanita yang sedang dalam haid boleh membaca al-Quran dan orang yang berjunub tidak boleh membacanya kerana wanita yang sedang haid jika tidak dibenarkan membaca al-Quran, akan menyebabkan dia terlupa ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, memandangkan hari-hari haid itu sangat panjang, berbeza dengan tempoh berjunub.”
Riwayat yang kedua dari Imam Malik bahawa:
sesungguhnya ia boleh membaca ayat yang sedikit, tidak yang banyak.”
Pendapat yang rajah ialah pendapat yang pertama.Kebimbangan akan terlupa ayat-ayat suci al-Quran yang telah dihafal, maka ia boleh diatasi dengan cara membacanya di dalam hati.(Al-Majmu’.jil.2 hlm.387.Al-Mughni li Ibn Qudamah jil.1.hlm.224.)
MELIHAT AL-QURAN
Ulama sepakat menyatakan bahawa tidak mengapa bagi wanita yang sedang dalam haid melihat ayat al-Quran sama ada dengan menelitinya atau membacanya dalam hati tanpa menggerakkan lidahnya, yang mana dia sendiri tidak mendengarnya atau dengan menggerakkan lidahnya sambil menghembuskannya. Sebagai contoh, dia meletak al-quran di hadapannya sambil melihat kepad ayat-ayatnya. Kemudian, dia membaca ayat-ayat itu dengan hatinya.(Mughni al-Muhtaj jil.1.hlm.72, Hasyiah al-Syarqawi jil.1.hlm.88.Al-Majmu’ jil.2.hlm.387)
MENYENTUH DAN MEMBAWA MUSHAF
Haram atas wanita yang sedang dalam haid menyentuh dan membawa mushaf dengan tanpa ada apa-apa alasan darurat berdasarkan firman Allah SWT:
žw ÿ¼çm¡yJtƒ žwÎ) tbr㍣gsÜßJø9$# ÇÐÒÈ
Maksudnya:Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci;
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
لايمس القرآن إلا طاهر.
Maksudnya: “Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali yang suci
(Hadis riwayat al-Daruqutni dan al-Hakim, dan ia berpendapat isnadnya sahih atas syarat hadis sahih)
DIHARAMKAN MEMBAWANYA TANPA ADA PERKARA DARURAT.
Memandangkan menyentuh mushaf diharamkan terhadap wanita yang sedang dalam haid maka membawanya adalah lebih-lebih lagi diharamkan. Jika mushaf itu berada berserta dengan barang-barang yang lain dan pembawanya tidak bermaksud membawa mushaf itu semata-mata, maka pada saat ini mushaf itu harus dibawa bersama-samanya.
DARURAT YANG MENGHARUSKAN MEMBAWA AL-QURAN
v  Berasa bimbang ia akan tenggelam atau terbakar
v  Bimbang akan jatuh ke tangan orang kafir
v  Bimbang akan jatuh ke tempat kotoran.
BERHENTI DI DALAM MASJID
Wanita yang sedang dalam haid, haram berhenti di dalam masjid sama ada dengan niat beriktikaf atau duduk atau tidur atau berulang-alik di dalamnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
لاأحل المسجد لجنب ولا حائض.
Maksudnya: “Tidak aku halalkan masjid untuk orang berjunub dan wanita yang sedang haid.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah telah mengsahihkannya)
Hukum ini merupakan pendapat jumhur fuqaha daripada kalangan ulama Hanafi, Maliki, Syafi’I, dan Hambali serta golongan lainnya.
Termaksud juga dalam erti kata masjid ialah ruang udaranya, dindingnya atau sirdap iaitu binaan yang dimasukkan air pada musim panas untuk mendinginkan suhu yang berada dibawah buminya.
PENGENALAN MASJID
Masjid ialah apa-apa yang didirikan dan yang digunakan untuk sembahyang. Perkara itu dapat dibuktikan, atau berprasangka seperti melalui khabar, atau keadaannya berdasarkan gambarannya walaupun secara umum dan wajiblah segera menentukannya.
Maka tempat-tempat yang digunakan untuk mendirikan solat lima waktu walaupun tidak digunakan untuk sembahyang Jumaat tetap hukumnya dikira masjid, bukan sebagaimana orang awam memahaminya.
LALU DALAM MASJID DENGAN TIDAK BERHENTI
Para ulama bersepakat menyatakan bahawa wanita yang sedang dalam haid ditegah dari lalu di dalm masjid jika berasa bimbang akan mengotorkan masjid dengan darahnya seperti najis-najis lain yang boleh mencemarkan masjid demi memerlihara kesuciannya.
Jika tidak berasa bimbang mencemarkan masjid, maka kebanyakan ulama berpendapat harus baginya lalu di dalam masjid tetapi makruh jika dia hanya semata-mata lalu dengan tidak mempunyai sebarang hajat.



 MENYETUBUHI WANITA YANG SEDANG DALAM HAID
Para ulama telah bersepakat dan telah menjadi satu perkara yang dimaklumi dalam agama secara darurah bahawa menyetubuhi wanita yang sedang dalam haid melalui farajnya adalah haram walaupun secara berlapik, seperti suami menggunakan alat yang boleh menghalang masuknya air mani ke dalam lubang faraj isterinya. Ini berdasarkan firman Allah SWA:
štRqè=t«ó¡our Ç`tã ÇÙŠÅsyJø9$# ( ö@è% uqèd ]Œr& (#qä9ÍtIôã$$sù uä!$|¡ÏiY9$# Îû ÇÙŠÅsyJø9$# ( Ÿwur £`èdqç/tø)s? 4Ó®Lym tbößgôÜtƒ ( #sŒÎ*sù tbö£gsÜs?  Æèdqè?ù'sù ô`ÏB ß]øym ãNä.ttBr& ª!$# 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÎ/º§q­G9$# =Ïtäur šúï̍ÎdgsÜtFßJø9$# ÇËËËÈ  
222. Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.

Apabila suami menyetubuhi isterinya pada tempat haid dengan mengetahui pengharamannya, secara sengaja dan dengan kehendak sendiri, maka dia telah melakukan satu dosa besar dan jika menghalalkannya maka dia dihukumkan sebagai kafir.
Berlainan pula halnya apabila berlaku perkara sedemikin selepas berhentinya darah dan sebelum mandi, dengan itu tidak jatuh hukum kafir kerana menghalalkannya. Begitu jika kerana tidak mengetahui bahawa isterinya sedang haid atau tidak mengetahui tentang pengharamannya atau terlupa atau dipaksa, maka ketika itu suami tidak berdosa dan tidak dikenakan membayar kifarat.


والله أعلم